Monday, January 11, 2016

Pengenalan

FRINA INDAH RESOURCES adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera Muslim. Memulakan operasinya pada 19hb November 2011 dan terus berkembang hingga kini. Syarikat ini telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bermula di rumah. Menyedari kepayahan untuk menyaingi pasaran, syarikat mula melangkah untuk mengkomersialkan produk-produk keluaran syarikat. Fokus utama syarikat ialah mengeluarkan sendiri bawang goreng yang halal dan terjamin pembuatannya bagi menghilangkan keraguan masyarakat dengan produk yang sama berada di pasaran mengenai kesahihan bahan-bahan yang digunakan.


Bawang goreng keluaran syarikat mempunyai sedikit kelainan dalam ciri-cirinya berbanding yang ada di pasaran. Syarikat menggunakan bawang merah rose dari India yang mempunyai kewangian dan kualitinya tersendiri. Selain itu tambahan madu lebih menambahkan rasa aroma pada bawang goreng tersebut sekaligus dinamakan BAWANG GORENG MADU. Di dalam hadis Nabi S.A.W sendiri ada disebutkan tentang kelebihan bawang merah.


Selain daripada itu, pihak syarikat juga mengeluarkan Madu Pulut Asli. Madu ini dihasilkan daripada beras pulut yang berkualiti, dimasak hingga menjadi kanji dan diperap hingga menjadi madu. Khasiat madu pulut ini hampir sama dengan madu lebah malah ia menjadi alternatif untuk madu-madu lain yang agak mahal dalam pasaran. Selain membantu mengurangkan penyakit, ia juga boleh dimakan bersama makanan lain seperti roti, telur ayam kampung dan tambahan dalam masakan.


Syarikat ini diterajui oleh dua anak beranak yang mempunyai pengalaman dalam bidang teknologi makanan. Dengan tenaga kerja seramai 15 orang, syarikat dalam perancangan untuk mengeluarkan produk-produk tambahan seperti minuman tenaga berasaskan sunnah seperti campuran madu, habbatus sauda, zaffaran dan tin.


Syarikat juga akan mengeluarkan produk berasaskan “dhob” serta produk makanan tambahan seperti kolagen dan lain-lain di masa hadapan.




Keutamaan dalam syarikat ialah pengeluaran berasaskan SUNNAH